25 tips melancong terbaik selepas 10 tahun melancong ke seluruh dunia

25 tips melancong terbaik selepas 10 tahun melancong ke seluruh dunia

Setelah lebih dari sepuluh tahun melancong keliling dunia, banyak perkara tentang pelancongan dapat dipelajari. Sememangnya kita tidak boleh merancang untuk segala-galanya. Walau bagaimanapun, mengambil tahu beberapa perkara yang penting yang membantu anda mengelakkan perkara yang tidak diingini di sepanjang perjalanan anda pastinya akan menjadikan urusan perjalanan anda lebih mudah.

1. Jadilah Fleksibel

Ya, kita merancang tetapi jika sekiranya perkara yang berlaku tidak mengikut seperti apa yang dirancang janganlah terlalu cepat kecewa. Kesabaran adalah amat penting. Carilah jalan lain untuk mengatasi setiap perubahan dalam rancangan.

2. Tulislah nota

Sebaiknya seminggu atau sebelum setiap perjalanan, senaraikan perkara yang biasanya kita akan lupa jika tidak menulisnya. Terlalu banyak perkara perlu diuruskan, tak usah lagi memaksa otak kita untuk ingat semuanya. Anggap sahaja nota kita sebagai otak kedua.

3. Belajarlah bahasa harian tempatan

Perkataan asas harian seperti "Tolong" "Terima kasih" dan "Saya minta maaf" adalah amat baik jika dipelajari untuk memudahkan urusan anda dengan orang tempatan.

4. Sediakan Bateri Kamera Tambahan

Elakkan perkara seperti kita ingin dapatkan foto matahari terbenam yang sangat epik tetapi malangnya bateri kamera sudah pon habis. Jadi bawalah bateri kamera tambahan. Rata-rata mereka yang berpengalaman melancong lebih dari 10 tahun, pasti sekurang-kurangnya membawa 3 bateri kamera.

5. Sentiasa Bawalah Sarong

Kain Sarong(Kain pelikat/batik) sebenarnya boleh digunakan untuk pelbagai situasi termasuklah ketika anda kesejukan, menjadikannya sebagai tirai, atau juga tuala. Kain Sarong juga boleh digunakan dipelbagaikan cara memakainya di badan kita.

6. Pastikan anda terlindung dengan Insurans

Perkara yang tidak diingini tidak mustahil untuk berlaku ketika anda melancong. Kecemasan pula biasanya boleh menganggu wang simpanan kita, atau lebih teruk lagi, kita sangkut kerana ketiadaan wang yang mencukupi untuk membiayai kos perubatan dan sebagainya.

7. Buat salinan fotokopi Dokumen Penting

Kedengarannya seperti tidak penting kerana pada kita, selagi mana passport dijamin selamat pada tangan kita selagi itulah tiada apa-apa isu akan berlaku.

Namun, mendengarkan beberapa kes yang terjadi seperti passport hilang di lapangan terbang dan tidak boleh menaiki kapal terbang dan akhirnya terpaksa membeli tiket yang lain seterusnya mengalami kerugian kos, sedangkan pihak penerbangan sebenarnya masih menerima dan membenarkan kita terbang hanya dengan syarat mempamerkan sekurang-kurangnya salinan passport kita, ini membuatkan kita pastinya mahu menyiapkan salinan passport kita dan dokumen-dokumen penting yang lain sebelum pergi melancong.

8. Rancang Pakaian Anda

Ini bergantung kepada citarasa masing-masing. Pada mereka yang tidak begitu kisah kelihatan sama sentiasa di dalam gambar atau video pelancongan anda tidak mengapa. Bagi mereka yang mahu mengelakkannya, boleh lah merancang pakaian anda agar tidak nampak sama dalam setiap gambar dan video.

9. Tempatkan barang Elektronik, Berus Gigi dan Ubat dalam satu bag yang lain.

Perjalanan kita akan lebih mudah dengan mengasingkan barang-barang ini. Setidak-tidaknya jika anda kehilangan bag besar anda, anda masih selesa untuk meneruskan pelancongan anda jika barang-barang ini kekal bersama anda.

10. Simpan Nombor Bilik & Alamat Hotel anda

Seperti mana pentingnya anda ingat di petak mana anda meletakkan kereta, dan di pintu mana anda mula masuk ketika membeli belah agar mudah untuk anda kembali, seperti itulah anda harus ingat untuk menyimpan nombor bilik dan alamat hotel anda agar anda tidak sesat nanti.

11. Banyak berinteraksi dengan orang tempatan

Baik sekali jika bertanya penduduk setempat untuk menunjukkan restoran terbaik, tempat yang hebat untuk melihat matahari terbenam, kedai kopi yang terbaik dan lain-lain kerana maklumat daripada orang tempatan ini biasanya tidak mengecewakan.

12. Berhati-hati dengan WIFI Awam

Elakkan akses masuk ke akaun bank atau memasukkan kata laluan jika menggunakan WIFI awam di tempat-tempat seperti lapangan terbang. Lakukan akses ini di Hotel kerana Network di Hotel lebih selamat dan kecil skalanya bernading WIFI awam yang dibuka kepada semua orang.

13. Pastikan Kad Bank dan Kredit Kad boleh dipakai

Ini penting sebelum perjalanan dimulakan kerana perbezaan matawang yang diguna pakai oleh negara lain boleh diatasi dengan pembayaran menggunakan Kad Bank(Debit) atau Kredit Kad anda.

14. Tempah Awal untuk Penerbangan Murah

Jadikan penerbangan sebagai perkara pertama yang perlu difikirkan setiap kali merancang pelancongan. Rancanglah lebih awal dan yang terbaik jika ianya dirancang setahun sebelum. Harga penerbangan adalah lebih rendah jika anda membuat pembelian awal.

15. Berfikiran Terbuka

Jangan menghukum adat dan budaya orang tempatan. Anda adalah orang luar yang melancong ke tempat mereka. Berhati-hati dan hormatilah adat dan budaya orang tempatan.

16. Jangan merancang terlalu padat

Lebihkan masa untuk setiap aktiviti. Perkara spontan seperti dipelawa orang tempatan untuk menjadi tetamu di rumah mereka untuk sebentar, pasti berlaku. Dan percayalah, perkara-parkara spontan yang tidak dirancang seperti inilah yang akan menjadi kenangan yang terbaik.

17. Pastikan rakan atau ahli keluarga anda tahu rancangan pelancongan anda

Ini sangat penting terutamanya jika anda melancong secara solo. Sekurang-kurangnya seorang dari kawan atau ahli keuarga anda harus tahu anda meninggalkan negara untuk melancong ke negara-negara tertentu.

18. Asingkan barangan peribadi anda

Untuk mereka yang melancong dengan pasangan masing-masing, adalah baik untuk mengasingkan barangan peribadi masing-masing.

19. Simpan sedikit wang anda luar dari dompet

Jangan menyimpan semua wang dan kad anda di satu tempat. Saya biasanya menyembunyikan wang tunai dan kad kredit / kad kredit yang dicadangkan dalam beg yang berasingan - bukan beg yang sama dengan dompet saya.

20. Kit Pertolongan Cemas

Sebenarnya amat mudah untuk mendapatkan set mini kit pertolongan cemas ini di kedai. Barang-barang kecemasan seperti seperti Aspirin, Benedryl, Tums, ubat batuk, pembalut, pil cirit birit, Neosporin, dan lain-lain adalah barang-barang yang harus setidak-tidaknya ada ketika kita melancong.

Posted on