Sushi - Makanan Jepun paling popular

Sushi - Makanan Jepun paling popular

Sushi (寿司 atau 鮨) adalah hidangan Jepun yang paling terkenal samada di dalam Jepun atau di luar Jepun. Sushi merupakan salah satu hidangan yang paling popular di kalangan orang Jepun. Di Jepun, sushi biasanya dinikmati di majlis-majlis khas seperti di hari perayaan.

Dalam abad yang lalu, "sushi" merujuk kepada ikan jeruk yang diperam dalam cuka. Kini sushi boleh ditakrifkan sebagai hidangan beras yang  disediakan dengan cuka sushi. Terdapat banyak jenis sushi. Beberapa jenis yang popular adalah:

Nigiri

Untuk sushi jenis ini, nasi dikepal(dikepal dengan tangan), kemudian ikan diletakkan di atas  sebagai "topping". Terdapat banyak pilihan nigirizushi, antara yang paling biasa ialah tuna, udang, belut, sotong dan telur goreng.

Gunkan

Rumpai laut yang menjadi bekas, diisikan dengan nasi dan untuk jenis gunkanzushi ini, biasanya landak laut dan pelbagai jenis telur ikan digunakan sebagai "topping".

Norimaki

Beralaskan rumpai laut kering, nasi sebagai lapisan kedua, dan ikan, telur, timun, dan lain-lain sebagai inti. Rumpai laut kering ini digulung menjadi Norimaki Sushi. Lapisan nasi dan inti ini boleh juga dibuat dua atau tiga lapis lagi sebelum ianya digulung.

Temaki

Temakizushi adalah kon yang diperbuat daripada rumpai laut dan dipenuhkan(disumbat) dengan nasi sushi. Sebagai intinya, makanan laut dan sayur-sayuran digunakan.

Oshizushi

Oshizushi adalah Sushi yang ditekan. Ikan(atau topping lain) ditekan ke nasi dalam kotak kayu menghasilkan Sushi yang padat.

Inari

Inarizushi adalah jenis sushi yang sederhana dan murah, di mana nasi sushi diisi ke dalam kantong kecil daripada tauhu goreng.

Chirashi

Chirashizushi adalah hidangan di mana makanan laut, cendawan dan sayur-sayuran dilambakkan di atas nasi sushi. Jika anda biasa mendengarkan "domburi", satu lagi jenis makanan Jepun yang popular, Chirashizushi ini menyamai "domburi" cuma bezanya "domburi" menggunakan nasi dari beras yang biasa, sebaliknya Chirazushi menggunakan nasi dari beras sushi.

Posted on